AHMAD HUSNI BIN MOHSIN A152046

Ahli Kumpulan
Ashraf haiqal(152040)
Muhammad Hafiz(A151914)
  • Refleksi Saya
  • Tugasan
  • Biodata Diri

TUgasan terakhir untuk komputer dalam pendidikan :)

Assalamualaikum kepada pensyarah yang disayangi dr siti fatimah bt mohd yassin. disini saya telah mengedit satu video mengenai open source(tugasan ke 2). video ini adalah tugasan ke 7 . 

Tugasan 7  membina storyboard.

tugasan ke 6 membuat satu brosur. alhamdulillah kehadrat ilahi saya diberi peluang untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. terima kasih kepada pensyarah dr.siti fatimah bt mohd yassin dan dr.fariza khalid yang memberi tunjuk ajar semasa menyiapkan tugasan ini


assalamualaikum kepada tenaga pengajar yang dikasihi dr.siti fatimah bt mohd yassin, syukur ke hadrat ilahi kerana saya masih diberi peluang untuk terus bangun dan disini saya lampirkan document dan laporan sebagai tugasan ke 5 berdasarkan soalan soal selidik yang dijalan pada tugasan 4.

aSSAMUALAIKUM  KEDAPA PENSYARAH DISAYANGI DR.SITI FATIMAH BT MOHD YASSIN SERTA DIKASIHI DR.FARIZA KHALID, ALHAMDULILLAH SAYA DAPAT MENYIAPKAN TUGASAN KE 4 IATU MEMBINA SATU BORANG SOAL SELIDIK BERKAITAN DENGAN SOALAN YANG DIBERI OLEH DR.SITI FATIMAH BT MOHD YASSIN

Sila Klik disini untuk ke borang selidik
Picture
Assalamualaikum kepada para pensyarah yang dikasihi Dr.Fariza Khalid Dan dr.Siti Fatimah Bt Mohd Yassin . Saya bersama ahli kumpulan telah menyiap tugasan ke 3 
Assalamualaikum kepada tenaga pengajar Dr.Fariza Khalid Dan dr.Siti Fatimah Bt Mohd Yassin 

Disini saya memberi pautan untuk tugasan ke 2 serta melalui pdf tersebut akan lebih memudahkan penerangan saya mengenai Learning Management System(LMS) dan Content Management system(CMS)
learning_management_system_dan_content_management_system.pdf
File Size: 34 kb
File Type: pdf
Download File

Assalamualaikum kepada pensyarah saya Dr.Siti Fatimah Bt Mohd Yassin dan Penyelaras GE1155 Dr.Fariza Khalid. dibawag adalah tugasan pertama yang saya perlu selesaikan untuk minggu pertama saya berada di UKM

Komputer sebagai 'alat' guru dan pelajar

Selama bertahun-tahun komputer telah mengubah cara dunia berkerja. Komputer telah terbukti menjadi asset yang tidak hanya berfungsi untuk sector koperasi,tetapi juga pada sector kedoctoran dan pendidikan. Komputer adalah mesin yang membantu kita melakukan pekerjaan dengan lebih cepat dan tepat.

Kemajuan teknologi informasi ini khususnya komputer telah banyak merubah cara dan peranan pendidikan. Pada awalnya, guru merupakan satu-satunya sumber informasi bagi pelajar, namun dengan hadirnya komputer dan jaringan internet kini seorang guru berubah fungsi sebagai fasilitator kerana pelajar dapat mencari informasi sendiri dengan mengakses jaringan internet melalui komputer. Bukan hanya itu saja, kemajuan teknologi komputer juga membuat aktiviti menjadi cepat serta menjadikan dunia seperti tanpa batas. Berbagai jenis informasi dapat diakses dengan cepat dan tepat. Gelombang perubahan ini telah memaksa sektor pendidikan untuk memikirkan kembali segala sesuatu yang selama ini kita pahami tentang pembelajaran, pendidikan mahupun persekolahan. Revolusi teknologi harus juga diimbangi dengan pembaharuan pendidikan, pengajaran dan persekolahan. Dengan demikian semua media atau alat bantu mengajar atau alat pembelajaran mulai disesuaikan dengan perkembangan tersebut.

Salah satu manfaat komputer pada pembelajaran iatu seorang guru dapat menggambar atau memjadi kegiatan pembelajaran lebih menarik sehingga dapat menarik minat serta perhatian pelajar untuk belajar. Misalnya dengan menampilkan persembahan (microsoft power point) yang disertai dengan animasi. Microsoft Powerpoint adalah program aplikasi persembahan yang merupakan salah satu program aplikasi di bawah Microsoft Office program komputer dan pacaran ke layar dengan menggunakan bantuan LCD projector. Dengan microsoft powerpoint program komputer, seorang pengajar dapat merekabentuk berbagai program pembelajaran sesuai dengan sempurna dan tujuan pembelajaran yang ingin dicapai. Program yang di reka bentuk dengan menggunakan microsoft powerpoint, di antaranya:

a)      Memasukkan teks, gambar, suara dan video.

b)      Membuat Slide Transition. Slide transition adalah power point slide dapat digerakan secara manual.Dengan teknologi komputer ini berbagai kemudahan dapat dirasakan dalam proses pembelajaran seperti persembahan mengajar, mengakses informasi (e-learning) dan pembuatan pembelajaran berdasarkan komputer.

Oleh sebab kemodenan teknologi, sekolah dan universiti di Malaysia mulai menggunakan komputer untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu, ada diantara sekolah dan universiti juga mengadakan sesi khas seperti waktu komputer supaya pelajar boleh mempelajari cara-cara menggunakan komputer dengan lebih mendalam.

Komputer memang berguna kepada pelajar. Aktiviti pengajaran yang dilakukan melalui komputer lebih menarik berbanding dengan cara-cara tradisional. Dengan ini, pelajar bukan sahaja dapat belajar dengan gembira, malahan ilmu-ilmu yang diperolehi akan terpahat dalam ingatan mereka.

Selain itu, pelajar boleh melayari internet melalui komputer untuk mencari maklumat-maklumat yang dikehendaki. Dengan ini, pelajar boleh memperolehi maklumat-maklumat yang terkini dengan mudah dan cepat. Di samping itu, dengan adanya komputer, pelajar dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi mencari maklumat di perpustakaan yang memakan masa yang panjang. Dengan ini, kita dapat memperolehi maklumat yang diperlukan dalam masa yang singkat.

Komputer juga boleh digunakan untuk berkomunikasi, pelajar boleh menggunakan e-mel melalui komputer untuk berbincang tentang tugasan atau topik-topik yang tidak difahami semasa guru/pensyarah mengajar. Dengan ini, pelajar tidak perlu lagi berkunjung ke rumah kawan-kawan sekiranya perlu berbincang tentang sesuatu. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar dapat dipereratkan.

Sebenarnya, komputer boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan dan menghiburkan pelajar. Ini adalah kerana pelajar boleh mendengar lagu-lagu kegemaran atau bermain permainan-permainan yang terdapat dalam internet mahupun dalam cakera komputer. Jika tidak terjerumus dalam dunia permainan, hiburan-hiburan ini dapat menghilangkan tekanan pelajar.

Internet juga dapat memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor' siber yang berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan pelajar dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional. Selain itu, pelajar yang tinggal di kawasan pendalaman pula dapat dibimbing oleh tutor maya yang berupaya mempersembahkan suatu subjek dengan cara yang paling menarik. Oleh itu, golongan pelajar senang tertarik dan ingatan mereka bertambah baik.

Kesimpulannya, pembangunan sains dan teknologi komputer telah mendedahkan pelajar kepada internet yang membolehkan mereka menerima maklumat dan bertukar-tukar pendapat dengan penduduk di seluruh pelosok dunia. Perkembangan ini telah menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan interaksi antara individu menjadi semakin mudah.

Powered by Create your own unique website with customizable templates.