AHMAD HUSNI BIN MOHSIN A152046

Ahli Kumpulan
Ashraf haiqal(152040)
Muhammad Hafiz(A151914)
  • Refleksi Saya
  • Tugasan
  • Biodata Diri

Minggu ke 4

10/3/2014

0 Comments

 
PANDANGAN TERHADAP "GOOGLE PRESENTATION"


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada Dr.Fariza khalid dan Dr.Siti Fatimah Binti Mohd Yassin serta sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian. 

Pada pandangan saya mengenai google presentation ini adalah sangat mengagumkan kerana aplikasi ini sangat mudah untuk mengakses,mencipta slide dan mengedit hanya menggunakan telefon pintar.Disamping itu aplikasi ini memudah pelajar/pensyarah untuk berkongsi slide bersama rakan-rakan pada waktu yang sama.

Seterusnya, Aplikasi ini juga membolehkan kita berbincang dalam setiap di setiap slide dan membenar kita untuk memberi komen terhadap slide yang dihantar atau dikongsikan bersama.Dengan google presentation ini semua perubahan akan disimpan secara automatik semasa anda menaip. Anda juga boleh membuat semakan untuk melihat slide versi lama yang sama,ia disusun mengikut tarikh dan yang membuat perubahan itu.

Secara  total,aplikasi ini banyak membantu pelajar/pensyarah dalam meringankan segala kebuntuan yang ada dan tiada istilah ‘pendrive rosak’,’komputer riba rosak’ dan lain-lain alasan kerana melalui aplikasi ‘google presentation’ini segala bentuk persembahan slide dihantar melalui online tidak seperti Microsoft powerpoint yang akan mendapat masalah seperti saya nyatakan diatas.

Sekian dari saya ..

Terima Kasih 

Created with Padlet
0 Comments

Minggu Ke 3

10/1/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada Dr.Fariza Khalid dan Dr.Siti Fatimah Binti Mohd Yassin serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulilla,Saya diberi peluang untuk menyelesaikan tugasan ke 2 pada minggu ke 3 ini dengan bantuan carian di engine google dan rakan-rakan saya berjaya menyiapkan tugasan kedua ini dengan sempurna.

Pada pahaman saya, Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah atau lebih dikenali sebagai Learning Managment System(LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi dan laporan program latihan,kelas serta aktiviti dalam talian,e-learning program dan kadar latihan.LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Open Source Software(OSS). LMS boleh dibahagikan kepada dua kategori,iaitu proprietary dan open source. Contoh LMS proprietary yang biasa digunakan adalah Blackboard manakala contoh bagi LMS open source pula ialah Moodle yang popular dan digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma dan boleh di ubah suai.LMS misalnya,merupakan sistem pengurusan pegajaran dan pembelajaran interaktif.LMS di universiti berasaskan web pintar kursus dalam penyampaian enjin yang menggunakan multimedia untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyokong multimedia bahan-bahan pembelajaran.Sebagai contoh aplikasi untuk LMS adalah i-folio,OpenLMS,Olat,Atutor,moodle dan adope captive.

Selain itu, CMS(Course Management System) adalah program komputer yang membolehkan pengguna membuat penerbitan, penyuntingan dan mengubahan kandungan di laman web. Hal ini kerana ia direka untuk menyokong kursus pendidikan atau akademik dan juga membolehkan pengajar untuk mewujudkan sebuah laman web kursus, di mana dokumen boleh dimuat naik dalam format popular seperti 'Word' atau 'PowerPoint'.

CMS berfungsi untuk meletakkan bahan-bahan kursus secara dalam talian seperti salinan bacaan dan slaid PowerPoint dari kuliah. Selain itu, ia digunakan sebagai medium menilai kemajuan pelajar dengan cara pengajar memberi kuiz dan ujian secara dalam talian dan sebuah buku dalam talian gred, di mana pengajar boleh mengepos gred pelajar. Di samping itu, ia boleh digunakan sebagai tapak perbincangan diantara pengajar dan pelajar untuk membincangkan sesuatu perkara. Yang terakhir ialah CMS sebagai alat komunikasi dengan cara pengajar menghantar pengumuman kepada kelas da berinteraksi dengan pelajar secara individu. Aplikasi yang digunakan ialah Drupal, Joomla dan Wordpress.

Disini saya berikan perbezaan LMS dan CMS ialah perbezaan pertama, LMS berfungsi sebagai pusat pengumpul maklumat pertadbiran yang menggunakan sistem layan diri serta berfungsi sebagai penyampai ilmu di dalam talian. Perbezaan seterusnya ialah LMS sebagai tempat untuk melakukan sebagai ujian atau tugas yang telah diberikan oleh pengajar manakala CMS merupakan tempat untuk menilai kemajuan pelajar setalah pengajar memberi sebarang tugasan.

0 Comments

Minggu Ke 2

10/1/2014

0 Comments

 
Asalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Syukur Alhamdulilla ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya berjaya saya menyiapkan tugasan pertama bagi  komputer dalam pendidikan (GE1155).

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Dr.Fazira Khalid kerana memberi saya peluang untuk mempelajari ilmu yang meluas berkaitan penggunaan komputer dalam pendidikan. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih saya kepada Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin yang telah bersusah payah mengajar saya sehingga tugasan pertama selesai. Walaupun kelas pertama (GE1155) bermula agak lewat pada minggu yang ketiga ianya tidak menjadi masalah pada diri saya kerana dibimbing oleh seorang guru yang pakar dalam bidang komputer selain mempunyai rakan-rakan yang baik. Mereka juga banyak membantu saya semasa dan dalam menyiapkan tugasan ini.

Perkara pertama yang dipelajari ialah membuat akaun Gmail. Saya merupakan seorang pelajar yang kurang menggunakan kemudahan IT dalam pengajian sebelum ini menyebabkan saya gagal untuk mencipta akaun Gmail. Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh Dr Siti Fatimah dan bantuan dari rakan-rakan, saya berjaya mencipta akaun Gmail dan membuka akaun weebly. Di laman weebly, saya telah mencuba menghias page saya menggunakan tools yang tersedia.

Saya juga turut diberi tunjuk ajar menggunakan laman google drive. Saya sempat mempelajari aplikasi google drawing.. Dengan tersedianya kemudahan aplikasi google drive. Saya yakin segala tugasan yang akan diterima selepas ini dapat diselesaikan dengan mudah dan saya yakin masalah ahli kumpulan dalam sesuatu tugasan untuk curi tulang, tidak akan berlaku.

Akhir kata inilah serba sedikit perkongsian pengalaman pertama saya dalam penggunaan komputer dalam pembelajaran.

Sekian .Ribuan terima kasih daripada saya

0 Comments
Forward>>

    Author

    Ahmad Husni Bin Mohsin
    A152046
    Program Sukan Dan Rekreasi 
    Fakulti Pendidikan
    Universiti Kebangsaan Malaysia 
    43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan 
    Email:ahmadhusnimohsin@gmail.com
    No tel:01X755429X
    Ahli Kumpulan : 
    Muhammad Hafiz(A151914)
    Muhammad Ashraf Haiqal(A152040)


Powered by Create your own unique website with customizable templates.