AHMAD HUSNI BIN MOHSIN A152046

Ahli Kumpulan
Ashraf haiqal(152040)
Muhammad Hafiz(A151914)
  • Refleksi Saya
  • Tugasan
  • Biodata Diri

Minggu Ke 2

10/1/2014

0 Comments

 
Asalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Syukur Alhamdulilla ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya berjaya saya menyiapkan tugasan pertama bagi  komputer dalam pendidikan (GE1155).

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Dr.Fazira Khalid kerana memberi saya peluang untuk mempelajari ilmu yang meluas berkaitan penggunaan komputer dalam pendidikan. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih saya kepada Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin yang telah bersusah payah mengajar saya sehingga tugasan pertama selesai. Walaupun kelas pertama (GE1155) bermula agak lewat pada minggu yang ketiga ianya tidak menjadi masalah pada diri saya kerana dibimbing oleh seorang guru yang pakar dalam bidang komputer selain mempunyai rakan-rakan yang baik. Mereka juga banyak membantu saya semasa dan dalam menyiapkan tugasan ini.

Perkara pertama yang dipelajari ialah membuat akaun Gmail. Saya merupakan seorang pelajar yang kurang menggunakan kemudahan IT dalam pengajian sebelum ini menyebabkan saya gagal untuk mencipta akaun Gmail. Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh Dr Siti Fatimah dan bantuan dari rakan-rakan, saya berjaya mencipta akaun Gmail dan membuka akaun weebly. Di laman weebly, saya telah mencuba menghias page saya menggunakan tools yang tersedia.

Saya juga turut diberi tunjuk ajar menggunakan laman google drive. Saya sempat mempelajari aplikasi google drawing.. Dengan tersedianya kemudahan aplikasi google drive. Saya yakin segala tugasan yang akan diterima selepas ini dapat diselesaikan dengan mudah dan saya yakin masalah ahli kumpulan dalam sesuatu tugasan untuk curi tulang, tidak akan berlaku.

Akhir kata inilah serba sedikit perkongsian pengalaman pertama saya dalam penggunaan komputer dalam pembelajaran.

Sekian .Ribuan terima kasih daripada saya

0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    Ahmad Husni Bin Mohsin
    A152046
    Program Sukan Dan Rekreasi 
    Fakulti Pendidikan
    Universiti Kebangsaan Malaysia 
    43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan 
    Email:ahmadhusnimohsin@gmail.com
    No tel:01X755429X
    Ahli Kumpulan : 
    Muhammad Hafiz(A151914)
    Muhammad Ashraf Haiqal(A152040)


Powered by Create your own unique website with customizable templates.